Friday, May 23, 2008

Sehari Sahaja Lagiiiii


Kurang 36 jam lagi konsert akhir akademi fantasia akan berlangsung. Orang dah sedia dengan tiket, t-shirt dgn sepanduk untuk dikibarkan. Tengah dalam dilema ni..apa dilemanya biarlah orang aje yg tau. Riz minggu ni akan nyanyi lagu 11 Januari oleh Gigi. And lagu baru dia tajuk Hanya Sandiwara. Hehehehe semoga apa yg terjadi antara dia dgn nadia dalam diari selama ini hanyalah sandiwara belaka...kuikuikuikui. NOT!!!!!

Dkt ofis ni pun tengah sibuk buat afundi. Nak 8tvt apa tahun ni. Biasalah ada staff trip, family day and annual dinner. Nampak gaya so far sumer nak staff trip aje. Dah naik lemak le tu asik nak berjalan free aje. Dia org tak tau betapa penat nya nak meng'organize' trip ni. Penat tau...dah tu banyak bunyi pulak tu. Itu x best..ini terkurang...aktiviti tak best...asik makan tom yam aje...ehhh...sabar ajela kan. Banyak pulak songeh nye. Akan tetapi itulah yang orang harus hadapi dengan keje ni. Mereka sentiasa inginkan yang terbaik akan tetapi diluar kemampuan syarikat. Nak buek camno? Ntahlah...tgk cem gaya dia org nak minta Bandung / Bali. Don;t they know Bali is not a good place to go?? Haiyaaaa!! Orang personally nak Annual Dinner..cukuplah. Setengah hari aje peningnya pun. Buat in KL or in Selangor ke Putrajaya ke..then buleh jemput local artist. Dah tentu2 org dkt ofis ni tak kasi kalau org nak invite Riz menyanyikan...not even Anuar Zain. Dengki lah tuu. Balik2 nak Jaclyn...Adibah. It;s not like I have anything against them tapi...erkk..hello!! Tukarlah orang lain pulak. Anuar can interact with audience very well..so can Afdlin Shauki..or mmm...mm..cant think of any. Keputusan akan diumumkan pada 4 June 2008...org buleh teka kita masih akan pergi staff trip. ya ampun...penat lagi lah orang, Tahun ni kena kawal perasaan dan nafsu amarah diri ni supaya tidak menimbulkan rasa benci yang memang sudah ada dalam diri staf. Memandangkan mamat tu pun dah nikah...so i dun really have to give a rats *** bout him. Pegilah nak kemana pun.

Busy day tomorrow.. menuju ke stadium putra bukit jalil untuk ke tgk konsert kemuncak AF6 ni. All the best to Nadia, Nubhan, Riz, Stacy and Toi. Semoga u'all akan buat yang terbaik untuk penyokong u'all yang ada diluar ni. Dan semoga selepas AF ini u'all akan terus memperbaiki diri dan menimba lagi ilmu-ilmu persembahan dan nyanyian.

Riz, if you are crowned as a winner...please don't stop learning and learning. Continue being the same Riz before and after AF. We Rizians are always behind ur back thru ups and downs of your career. Bila dah popular nanti jangan tolak penyokong anda ketepi seperti mamat botak AF2 tu. Without ur penyokong...ur nothing. Ada apa dengan bakat kalau tak ada peminat dan penyokong. Jangan cakap takbur..jangan tinggal solat...jangan bangga diri dan jangan lupakan Rizians. Even if you are not crowned as a winner...you will always be the winner to me and all the Rizians.

No comments: